PROGRAM MAJU DIRI
Program ini telah diaturkan khas untuk pelajar Tingkatan 1,
Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang telah bersekolah
di SMK Seafield, Subang Jaya.
Program ini bertujuan untuk memotivasikan serta mendisiplinkan
pelajar untuk menjadi pelajar yang terbaik dan berdisiplin agar
dapat menjadi tenaga produktiviti yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Program ini telah diusahakan oleh pentadbir sekolah dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield, Subang Jaya pada 9hb
- 20hb Januari 2012.
MERENTAS DESA
PRORGAM MAULIDUR RASUL 2012
MAULIDUR RASUL 2012
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah telah
diadakan pada hari Sabtu 18hb Februari 2012 dengan tema "Akhlak Rasulullah S.A.W Cermin Keindahan".
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu, guru, ibu bapa dan
pelajar di Dewan Sri Kenangan, SMK Seafield.
Perarakkan Maulidur Rasul sekitar USJ 2 bermula di SMK Seafield
yang disertai oleh semua tetamu, guru, ibu bapa dan pelajar.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Tengku
Saipulizan b. Tengku Hussain.
MESYUARAT TAHUNAN PIBG (AGM) 2012
MESYUARAT TAHUNAN 2012
AGM PIBG SMK Seafield akan diadakan sekali setiap tahun
persekolahan. Tahun ini AGM PIBG diadakan pada hari sabtu
bersamaan dengan 25hb Februari 2012.
AGM PIBG telah disertai oleh pentadbir sekolah, guru-guru dan
ibu bapa pelajar.
MERENTAS DESA 2012
Merentas desa SMK Seafield telah diadakan pada 11hb Februari
2012 yakni pada hari Sabtu.
Aktiviti ini telah disertai oleh guru, ibu bapa dan semua
pelajar SMK Seafield, Subang Jaya.
Aktiviti bermula pada pukul 8:00 pagi dan bersurai pada pukul
12:30 tengahari.